M A R S H M A L L O W
Sakit.
Tuesday, 10 June 2014 | 6/10/2014 12:16:00 pm | 0 Marshmallow(s)

Sakit.
Ya, memang aku rasa sakit itu.
Tetapi jika aku meluahkan rasa sakit itu kepadamu, adakah engkau akan membantu untuk mengubati luka dan sakit yang aku hidapi? 
Aku dapat merasakan yang kau akan terus memberikan luka itu. 

Secara jujurnya, aku teramat menyayangi mu.
Tetapi inikah yang akan aku dapat apabila terus menahan kesakitan ini? 
Akan berbaloi kah semua penantian dan kesakitan ini semata mata demi mu? 
Aku tidak mahu mengungkit mahupun mencari salah mu wahai sayangku :)

Bagiku, kau lah yang dapat memberikan kebahagiaan kepada aku.
Walau sesakit mana pun yang aku rasakan, tidak mungkin untuk aku berundur.
Kerana aku sudah melangkah sejauh ini bersamamu dan aku sudah melalui pelbagai kesakitan untuk terus berdiri bersama engkau sekarang. 
Adakah perjalanan ku selama ini untuk disia sia kan dan untuk aku mengalah semudah ini? 

Tidak! Tidak sama sekali sayang. 
Aku tidak mahu kesakitan ku selama ini tidak mendatangkan kebahagiaan kepadaku.
Sayang, aku masih berpegang pada janji janji manis yang pernah kau katakan kepadaku.
Ya, janji janji kau masih berlegar legar di fikiranku.  

Tidak pernah aku melupakan kau. 
Janji kau. Kenangan kita. Senyuman kau. Gelak tawa kau.
Masih ku ingati hingga saat ini.

Tidak mengapa jika kau merasakan kau tidak mampu menjaga, dan membahagiakan aku.
Yang penting, kau masih berusaha untuk menjagaku, menyayangiku, dan memberikan seluruh perhatianmu kepadaku. 
Itu sahaja sudah cukup untuk membahagiakan aku. 

Aku tidak mahu terus kehilangan kau. 
Bantu aku. 
Bantu aku untuk terus mempertahankan hubungan ini. 
Aku sayangkan kau. 





     

Labels:







Post a Comment