M A R S H M A L L O W
Fahami aku.
Sunday, 16 November 2014 | 11/16/2014 11:09:00 pm | 0 Marshmallow(s)

Aku rindu.
Jujur, aku teramat merindu.
Kau dah ada yang lain.
Perkara yang sejak dulu aku takuti akhirnya jadi.

Kenapa aku kena berhadapan dengan kenyataan yang sejak dulu aku takut untuk hadapinya?
Kenapa perkara yang kau cakap takkan pernah terjadi akhirnya jadi juga?
Kenapa segala kata kata itu bagaikan angin yang menyinggah saja?

Aku kecewa.
Kecewa kerana pelbagai pembohongan yang telah kau berikan pada ku.
Kerana pelbagai sandiwara yang kau mainkan dan tiada satu pun aku sedari.
Benar, aku teramat kecewa.

Aku berharap segala yang terjadi ini adalah mimpi.
Supaya kau tetap sayang dan cintakan aku seperti yang pernah kau katakan.
Tapi bila memikirkan inilah kenyataan yang sebenar, sungguh perit lukanya.

Aku tidak pernah menyangka secepat ini kau berubah hati.
Kau memperlihatkan di hadapan aku hubungan antara kau dan dia.
Aku tak mampu untuk terus melihatnya.
Aku tak mampu.
Kadang aku merasakan terlalu penat melangkah untuk menempuh hari yang baru.
Kerana setiap hari baru yang aku lalui, setiap itu juga bertambah kelukaan yang aku rasakan.

Aku penat.
Tolong sembuhkan luka ini.
Yang aku mahukan adalah engkau.
Walau bibir membenarkan kau pergi bersama dia tapi hati takpernah membenarkannya dan hati masih berharap agar kau pulang kepada aku.

Kenapa kau tidak mengerti sama sekali?
Kenapa kau terus membiarkan aku sakit dengan melihat kau bersama dia?
Kenapa? Kenapa kau ingin terus menghancurkan hati ini?
Hati yang sudah sedia lumat dan sudah menjadi abu ini ingin kau hancurkan lagi?
Sudahlah. Hentikan. Fahami aku. Mengerti aku.
Aku sayang kau.







Post a Comment





Hello!
Have Faith!

Welcome to my blog!





Credit
thanks for...

Template by : Trinadia
Basecodes : Yuuki
Image by : Tumblr & Google
Editor and Owner: Cahaya ❤