M A R S H M A L L O W
Kenapa?
Thursday, 12 June 2014 | 6/12/2014 11:55:00 pm | 0 Marshmallow(s)

Hati.
Hati kau dan hati aku.

Kenapa?
Kenapa aku diperlakukan sebegini?
Kenapa aku diperlakukan seolah aku tidak mempunyai perasaan?

Apa salah aku terhadap kalian semua?
Apa dosa aku?
Kenapa biarkan aku terkontang kanting sebegini?

Sakit itu aku yang rasa. 
Begitu bodohkah aku kerana terus mempercayainya dan terus meletakkan harapan yang tinggi?

Rindu. 
Sakit. 
Pedih.
Perit.

Kenapa terus biarkan aku sebegini?
Kenapa memperlakukan aku seolah olah aku manusia yang sangat jahil?
Seolah olah aku manusia yang paling bodoh dalam dunia ini.

Sanggupnya engkau mempermainkan hati dan perasaan aku?
Apa engkau tidak mempunyai hati dan perasaan?
Jika benar engkau ada hati dan perasaan, 
mengapa engkau memperlakukan aku sebegini?

Memang kau takpernah fikirkan perasaan aku kan?
Beban sakit ni aku yang rasa.
Aku sorang yang rasa.

Bagi kau ini semua drama.
Bagi aku? 
Ini luahan hati aku.
Luahan hati perempuan yang dah banyak kali kau bodohkan!

Kau ambil aku di saat aku sangat menyayangi kau.
Tapi pada saat itu juga kau menyayangi orang lain.
Pernah kau rasa apa yang aku rasa?
Pernah kau letak diri kau dekat tempat aku?
Huh! Tak berubah hati konon.
Kenapa?
Kenapa aku takpernah sedar selama ni?
Kenapa aku takpernah sedar yang hati aku terus dipermainkan?
Dan mengapa aku terus merelakan diri aku untuk diperbodohkan?

Marah?
Untuk apa aku memarahi kau?
Adakah dengan memarahi kau hati kau akan terpaut kembali pada aku?
Dengan memarahi kau aku akan dapat terima semua ini?

Kecewa.
Itu yang aku rasakan sebenarnya.
Kecewa dengan sikap kau.
Kecewa yang teramat.

Aku tidak pernah menyangka kau sanggup memperlakukan aku sebegini. 
Sungguh aku katakan, aku teramat menyayangi kau. 
Inikah balasan yang wajar aku terima?

Kesengsaraan aku.
Sudahlah. 
Kau tidak akan pernah mengerti. 
Hati kau tetap akan begitu.
Dan hati aku tetap akan begini. 

Labels:







Post a Comment