M A R S H M A L L O W
Segala galanya.
Monday, 16 February 2015 | 2/16/2015 01:42:00 am | 0 Marshmallow(s)

Tak lengkap rasanya bila keluar tak cukup kawan. Maksudnya tak cukup geng la. Hm, aku tak tau la nak gambarkan keadaan sekarang ni macam mana. Seperti dia, aku juga inginkan persahabatan ini diwarnai dengan gelak tawa dan keceriaan yang pernah mewarnai hidup kami satu ketika dulu. Mulut dan hati pada manusia yang sama tapi yang diungkapkan di mulut mungkin tidak sama dengan yang di hati. Mulut kata benci, dan segala perkara buruk tapi hati menyayangi kawan tu sepenuh hati. 

Aku rindu kita lepak sama sama lepastu gelak gelak. It was too awkward to be awkward with the one i love. Rasa awkward bila kena bahagikan kawan. Awkward bila takleh lepak macam selalu kita buat dulu. Lagi awkward bila semua dah berubah perangai seperti kita tidak pernah mengenali antara satu sama lain. Kita semua kan sahabat? Kenapa tolak ansur itu tiada? Kenapa sifat mengalah tu hilang macam tu saja? Dan semuanya dibalas dengan rasa sakit hati dan segala rasa yang buruk. Untuk apakah persahabatan ini terjalin jika hanya kehancuran yang akan diperoleh. 

Bila aku keluar dengan dia, aku risau kau kecik hati. Bila aku keluar dengan kau, aku risau dia kecik hati. Tak senang aku waktu aku keluar tu. Rasa beban bersalah tu ikut je setiap langkah aku. Beri aku solusi untuk semua permasalahan ini? Aku tidak mahu solusi yang hanya akan mengeruhkan keadaan dan solusi yang diambil dengan hanya memikirkan rasa di hati itu tanpa memikirkan perkara itu secukupnya. 

Cukup dengan segala ini. Sesebuah perhubungan itu akan sentiasa diuji, jadi kenapa kita tak boleh nak harungi ujian tu bersama sama? Kita lebih daripada hanya kawan biasa. Dah mcm mcm kita lalui, jadi kenapa dtg ujian begini, kita tidak mampu lalui nya bersama? Ingatlah satu ni, takda sahabat yang mampu tgok sahabatnya jatuh. Hubungan persahabatan itu lebih daripada segala galanya. 
Aku sayang SEMUA. 







Post a Comment





Hello!
Have Faith!

Welcome to my blog!





Credit
thanks for...

Template by : Trinadia
Basecodes : Yuuki
Image by : Tumblr & Google
Editor and Owner: Cahaya ❤