Harini hari pertama sesi persekolahan bagi tahun 2015 dan ya aku rasa sedih. Sedih sebab tahun ni aku dah tak sekolah, aku rindu nak sekolah nak belajar nak bising dalam kelas nak buat banyak aktiviti dgn budak kelas. Huwaaaa 😭😭😭 rindunya bila ingat balik sesi persekolahan tahun lepas.
Hm aku ingat lagi tahun lepas hari pertama sekolah je homework dah banyak dah. Hahaha, masatu merungut bukan main sbb ingatkan first day tak belajar kan. Tapi tahun lepas tahun nak spm kan sbb tu terus je bagi homework. Alaaa, rindu sangat dekat semua cikgu. Nak nanges niii. Paling aku ingat cikgu fizik f5 aku, cikgu sharina. Cikgu yang tegas tapi baik dan seorang yang kelakar. Garang tu bila budak buat salah la kan.
Haa dia cikgu yang paling sempoi gak pada masa yang sama dia cikgu yang selalu buat kelas tambahan tiap hari untuk pastikan fizik dia bagus. Tahun tu aku tuition dengan cikgu sharina la. Tiap tiap malam pergi rumah cikgu, haaa yang ni pun aku rindu tau. Lagipun emir pun tuition dkt tempat cikgu gak hehe. Aku seronok belajar dengan cikgu. Sejak cikgu tahu aku couple dengan emir, cikgu ada la gak usik usik kitaorang hahaha. Alahai rindu semuanyaaaa. Nak sekolah balikk 😭😭

Post a Comment