M A R S H M A L L O W
Hilang
Tuesday, 7 July 2015 | 7/07/2015 12:12:00 am | 0 Marshmallow(s)

Aku rasa kali ni aku betul betul hilang semua yg rapat dengan aku. Yang tinggal hanyalah keluarga. Rasa sedih rasa pilu tu. Aku tak mampu nak ungkapkan mcm mana. Yang paling sakit bila semua pergi perlahan lahan sorang demi sorang. Aku nak nangis tapi aku tak mampu. Aku rasa sorang, tapi aku tahu aku ada Allah.

Tipu aku cakap aku tak sentap bila sorang sorang tak layan aku tapi aku nak buat apa, tak mungkin untuk aku paksa orang layan aku. Tak mungkin..

Semua perkara dah berubah. Aku jenis manusia yg suka tinggal dalam kenangan. Jadi mcm mna aku nak teruskan semuanya? Bukan mudah bagi aku, bukan mudah. Kenangan buat aku rasa disayangi sebab orang orang yg sayang aku semuanya hidup dalam kenangan aku. Ada yg masih hingga kini, tapi rasanya berbeza, tidak seperti dulu. Janggal.

Keadaan skrg ni terasa janggal benar. Aku bergelak ketawa, aku tidak nafikan bahawa aku gembira, tetapi aku tidak pernah melupakan kenangan, aku tidak pernah melupakan orang yang hidup dalam kenangan aku. Kenangan ini juga membunuh rasa keyakinan aku. Kenangan ini membuatkan aku menyesal dgn segala tindakan bodoh aku yang tidak pernah menghargai sehingga semuanya pergi. Perginya seorang demi seorang, amat memeritkan.

Ya, aku akui masih ada yg bersama, tetapi orang sekelilingku itu lagi menunjukkan bahawa aku keseorangan. Pedih hati, orang taktau. Tak siapa yang tahu. Aku masih belum move on dari segalanya.







Post a Comment





Hello!
Have Faith!

Welcome to my blog!





Credit
thanks for...

Template by : Trinadia
Basecodes : Yuuki
Image by : Tumblr & Google
Editor and Owner: Cahaya ❤