Wednesday, 8 October 2014 | 10/08/2014 03:06:00 pm | 0 Marshmallow(s)
Sememangnya harapan diberikan untuk terus membuat aku jatuh.
Rasa seronok dapat berbaik dengan dia buat aku rasa bahagia.
Tapi sayangnya benda tak kekal lama.
Seolah olah bahagia yang aku rasa tu bukan milik aku.
Jujur aku dah penat nak tahan diri ni daripada menangis.
Tangisan tu semuanya aku simpan dalam hati.
Takpernah terluah segala tangisan.
Tapi akhirnya tangisan yang aku tahan, terluah.
Ini semua kerana rasa sakit yang teramat dan mengenangkan perkara yang sedang aku lalui.
Aku senang kerana tangisan itu tidak bertahan lama kerana aku cuba untuk ceria di hadapan rakan rakan dan keluarga. Walaupun aku merasa sakitnya berpura pura di hadapan mereka.
Kerana itu aku memerlukan masa untuk bersendiri.
Berhadapan dengan orang ramai hanya menambahkan lagi luka yang ada.
Adakah aku akan terus jatuh dan jatuh tanpa bangun semula?
Labels: Hurt 💔

Post a Comment