Wednesday, 8 October 2014 | 10/08/2014 03:20:00 pm | 0 Marshmallow(s)
Aku harap kita dapat berbaik mcm dulu.
Aku harap kita dapat sambung hubungan kita mcm dulu.
Aku sayang kau.
Aku dapat rasakan yang kau juga menyayangiku.
Tetapi engkau sendiri seolah olah bermain tarik tali dengan aku.
Kadang kadang kau tunjuk sayang kadang kadang kau biasa.
Selama ni aku merasakan yang aku syok sendiri dekat kau.
Aku letak garis panduan untuk tidak terlalu berharap dengan kasih sayang kau, sebab aku takut aku akan terus jatuh.
Bila kau menunjukkan cemburu kau, aku gembira dan kecewa.
Gembira kerana kau masih sayangkan aku.
Kecewa kerana sikap cemburu kau tu membuatkan kau menjauhkan diri, mendiamkan diri, memarahi aku.
Aku mahu berbaik dengan kau.
Aku mahu hubungan kita bersambung semula.
Aku mahu sayang kau untuk aku.
Aku mahu gelak tawa kau untuk aku.
Aku tahu aku keterlaluan dalam mengongkong hidup kau, maafkan aku.
Tapi aku buat semua itu sebab aku sayangkan kau.
Selama ini cemburu aku, aku simpan sedaya upaya.
Sebab aku tahu kau akan merasa rimas jika aku terlalu mencemburui kau.
Sejak hubungan kita begini, aku belajar untuk tidak menunjukkan cemburu dan sakit hati aku.
Aku harap kau faham yang aku sayang kau.
Aku taknak kau sekadar tahu.
Aku nak kau faham.
Aku nak kau terus kekal dalam hidup aku.
Labels: Emir ♥

Post a Comment