M A R S H M A L L O W
Orang lain.
Tuesday, 7 October 2014 | 10/07/2014 11:19:00 pm | 0 Marshmallow(s)

Hati aku yang merasa sakitnya.
Orang lain takkan faham dengan mudah.
Orang lain tak lalui apa yang aku lalui.


Waktu tuition tadi, shezy tiba tiba bertanya adakah wanita itu menyukai emir.
Tanpa berfikir dua tiga kali aku terus mengiyakan pertanyaan itu kerana hal itu sudah lama aku ketahui.
Dan shezy terus bertanya adakah emir menyukai wanita itu.
Aku terdiam.


Persoalan itu tidak dapat aku rungkaikan kerana hal itu adalah hal emir dan aku tidak mengetahui tentang perasaannya.
Aku bertanya semula kepada shezy bagaimana dia mengetahui tentang semua itu.
Dia berkata dia hanya melihat cara pandangan wanita itu terhadap emir.
Hatiku merasa sakit.
Cemburu menguasai.
Padahal wanita itu ialah kawanku dan aku tidak pernah merasa sakit hati atau merasakan bahawa dia jahat.

Dan shezy juga mengatakan apabila dia melihat emir, dia dapat merasakan yang emir tidak menyukai wanita itu dan menganggap wanita itu hanyalah kawan biasa.


Yaa, hati aku berbunga bunga.
Aku sangat gembira jika itu lah kenyataan yang sebenarnya.
Tanpa aku sedar, itu semua hanyalah telahan shezy semata.

Hati ini mula merasa sakit kembali apabila ketika balik, emir masih belum bergerak pulang.


Jujur, aku manusia yang cepat berprasangka buruk.
Aku menyangka bahawa emir ingin menunggu sehingga wanita itu pulang.
Hati aku sakit dengan telahan ku sendiri.

Aku benci apabila aku menyangka yang bukan bukan terhadap emir dan wanita itu padahal aku dan wanita itu berkawan.


Aku benci kerana aku takut apa yang aku sangkakan itu bakal menjadi kenyataan.
Jujur, aku takut.
Takut dengan kenyataan yang harus aku hadapi.


Aku tidak merasa iri terhadap wanita itu tetapi aku tidak boleh melihat dia bersama emir.
Aku ingin menangis untuk meluah rasa tetapi aku tidak mampu.
Apabila hati rasa mahu menangis, tiada air mata yang dikeluarkan.
Apabila hati tidak mahu menangis, sedaya upaya air hangat itu mahu mengalir.

Aku takut.
Aku tak mampu.

Labels:







Post a Comment





Hello!
Have Faith!

Welcome to my blog!





Credit
thanks for...

Template by : Trinadia
Basecodes : Yuuki
Image by : Tumblr & Google
Editor and Owner: Cahaya ❤