Tuesday, 30 September 2014 | 9/30/2014 08:40:00 pm | 0 Marshmallow(s)
Pagi tadi hati aku bagai ditoreh toreh.
Aku taktau mengapa.
Hati ini rasa pilu sakit perit. Semangatku untuk belajar sudah hilang.
Aku rasa seperti mahu marahkan semua orang.
Bila aku sedar yg aku hanya memikirkan dia, baru aku tau punca segala rasa perit itu.
Hampir seharian dia tidak di dalam kelas kerana mengikuti program. Mungkin hati ini sudah terbiasa merasakan bahawa dia sentiasa dekat tetapi apabila secara tiba tiba dia tiada terasa kehilangan yang amat.
Adakah niatku ke sekolah hanya untuk bertemu dia?
Entahla. Tetapi aku dapat rasakan hatiku merasa kesakitan yang amat apabila dia tiada.
Sungguh aku katakan bahawa aku merinduinya.
Teramat merinduinya.
Labels: Emir ♥

Post a Comment