M A R S H M A L L O W
Jamuan 😄
Wednesday, 3 December 2014 | 12/03/2014 01:16:00 am | 0 Marshmallow(s)

Jamuan yang dirancang akhirnya tiba.
Walaupun semua yg dirancang tidaklah menjadi 100% tetapi majlis itu tetap berjalan dengan lancar.
Aku bahagia melihat rakan rakan ku tersenyum bahagia.

Mereka bergembira dan bahagia.
Mereka tersenyum dan bergelak ketawa.
Aku juga turut bahagia kerana kebahagiaan ku bersama orang yang ku sayangi.

Pada mulanya, hati ini turut berdebar kerana takut majlis ini tidak menjadi.
Tetapi apabila melihat kegembiraan terpancar di wajah mereka, serta merta hati merasa lega.
Lega yang teramat kerana merasakan sudah memberikan usaha yang terbaik untuk mereka.

Hati tetap merasa terkilannya.
Maaf, tetapi apabila melihat budak lelaki dengan lelaki je rasa terkilan gak.
Sebab lelaki tak campur sangat dengan perempuan.
Tidaklah aku mengharapkan mereka begitu mesra dengan perempuan, tapi cukuplah jika mereka bergaul seperti rakan rakan yang lain.

Juga terkilan kerana dia.
Hati meronta ronta ingin mengambil gambar bersama dia.
Tapi keberanian itu tiada.
Keberanian untuk menyuarakan hajat.
Dia juga tidak terlepas dari pandangan aku.
Senang kata dia sentiasa dalam pemerhatian aku, hahaha ayatttt.
Satu hal yang boleh aku katakan, dia begitu kacak malam ini.
Kacak yang teramat.
Hatiku amat menyenangi penampilan dia malam ini.
Hati rasa bahagia.
Tapi dia mempamerkan wajah sombong, aku merasa sakit hati.
Diamkan saja yang aku mampu kerana dia tidak punya hati lagi padaku.

Dia tidak memandang aku langsung.
Dia hanya bergembira bersama rakan rakannya.
Tidak mengapa, aku fahami.
Aku tahu aku bukan sesiapa untuk menduga hatinya, tetapi harapan hati aku sangat besar.

Ahhh, lari tajuk dah ni.
Ok jamuan sangat menggembirakan.
Makanan juga sedap sedap belaka.
Aku harap memori ini dapat terus kekal dalam ingatan aku.
Aku sayang 5sn2 2014.

Haaa haaa hensem kan diaa.
Dah dah, jangan pandang lama lama.
Aku punya tu, hehe ok night 😘







Post a Comment





Hello!
Have Faith!

Welcome to my blog!





Credit
thanks for...

Template by : Trinadia
Basecodes : Yuuki
Image by : Tumblr & Google
Editor and Owner: Cahaya ❤