Dah seminggu sejak paper last spm aku habis.
Ya, dah seminggu dah aku bukan lagi bergelar pelajar sekolah.
Dan harini hari pemulangan buku teks yang merasmikan lagi aku bukan pelajar sekolah.
Haih, jujur aku sedih.
Semalam baru aku kemas buku teks dan hati aku jadi sayu.
Rasa sayu yang amat nak pulangkan buku buku tu.
Aku rasa sedih nak tinggalkan semua ni.
Semua bahagia yang aku rasa pada zaman persekolahan yang tak mungkin aku dapat di mana mana
Zaman persekolahan la yang menyimpan beribu kenangan dalam hidup.
Zaman persekolahan yang mengajar pelbagai benda.
Zaman persekolahan mengajar kita untuk bangun apabila jatuh.
Zaman persekolahan adalah asas untuk segalanya pada masa hadapan.
Kita takkan dapat rasai zaman persekolahan tu lagi bila kita dah tamat sekolah.
Universiti, kolej, matriks, poli, semuanya takkan sama dengan sekolah.
Sekolah tetap sekolah dan mempunyai banyak tarikan.
Aku punya banyak kenangan di sekolah ini.
Aku tidak sanggup untk meninggalkan segala harta berharga aku ini.
Malam tadi pula syida menghantar video yg dia bikin untk ditunjukkan malam ni semasa jamuan.
Aku lihat, hati aku rasa perit.
Aku tak sangka selepas ini aku tidak akan bersekolah bersama mereka lagi.
Hati aku merindui segalanya.
Segalanyaa.

Post a Comment