M A R S H M A L L O W
Cengeng.
Tuesday, 6 January 2015 | 1/06/2015 11:58:00 pm | 0 Marshmallow(s)

Aku taktau sejak bila aku jadi cengeng. Setiap perkara buatkan hati aku sebak dan tentu sekali membuatkan aku mengalirkan air mata. Bila teringat dia, tentu tentu saja aku akan merasa sedih dan sebak. Ya, mungkin aku dan dia masih berhubung tapi aku tak mampu untuk berlagak seolah olah aku sudah tidak punya perasaan pada dia.

Aku juga mula merasa sebak bila rakannya ku menceritakan tentang keadaan ayahnya pada hari ulang tahun kelahirannya baru baru ini. Hati aku tidak semena mena menjadi sebak, seperti aku yang melalui perkara itu. Pulang dari kerja, ayah bercerita tentang adik aku, haziq yang kini berada di sekolah agama di batu pahat. Hati aku juga merasa sebak dan ya aku mengalirkan air mata, mungkin aku merindui adik ku. Ahh, bukan mungkin tapi memang aku merinduinya kerana dia la teman aku bergaduh, teman yang selalu membuat seisi rumah ketawa.

Aku selalu bercerita di sini tentang segala hal kerana aku mengetahui tiada siapa yang akan membacanya, ahli keluarga ku juga tidak akan membacanya. Aku mahu menyimpan kemas segala hal yang telah aku coretkan, biar menjadi kenangan untuk hidup aku. Hahaha, padahal dalam ni banyak menceritakan tentang dia saja. Takpela, akan memperbaikinya di masa hadapan.







Post a Comment





Hello!
Have Faith!

Welcome to my blog!





Credit
thanks for...

Template by : Trinadia
Basecodes : Yuuki
Image by : Tumblr & Google
Editor and Owner: Cahaya ❤