Lepas aku dapat tahu pasal perasaan dia dekat yang itu, tiap hari air mata mengalir.
Bila hari hari nampak mereka balik bersama, hati makin parah sakitnya.
Tika itu sungguh tidak mampu aku menahan tangisan itu.
Hati tidak mampu menerima segala yang telah terhidang di hadapan mata.
Hati juga cuba menafikan segala sangkaan.
Hati bersangka dia hanya berniat untuk membuatku cemburu.
Hingga ke saat ini, aku masih mengharapkan bahawa segala galanya hanyalah lakonan seperti yang sering aku baca di novel.
Tapi sungguh, ini adalah realiti bukannya mimpi atau cerita rekaan seperti di dalam novel.
Hati bagai dicarik carik dilumat lumat.
Setiap hari melihat hidangan yang sama dia hadapan mata hanya membawa tangisan yang tiada berkesudahan.
Di hadapan rakan rakan aku hanya mampu mempamer senyuman yang aku sendiri tidak mampu ukirkan.
Di hadapan keluarga aku menunjukkan keceriaan yang sungguh takkan mampu aku gambarkan untuk menghilangkan segala kesedihan di hati.
Bila bersendiri, perasaan itu hadir semula dan aku mula menangis kembali.
Pada saat itu aku merasakan semua ini berat untuk aku lalui kerana aku sedang menjalani peperiksaan SPM.
Aku beruntung sedikit kerana kesedihan aku itu bermula pada hari tiada peperiksaan dijalankan.
Dan kesedihan itu sukar untuk berakhir, bahkan sehingga kini kesedihan itu masih dirasai.
Tapi aku cuba jadi kuat, aku cuba hindarkan bayangan dia dan yang itu dari kotak fikiran agar dapat menumpukan sepenuhnya pada pelajaran.
Walaupun aku tidak berjaya 100% tetapi aku masih dapat menjawab dengan segala usaha yang telah aku berikan.
Lagipun ketika itu, dia masih melayanku seperti biasa.
Hm, sekarang dia sudah jarang sekali menegur ku seperti biasa.
Rasa sakit itu kembali datang.
Tambahan pula aku sudah tiada apa untuk difikirkan lagi, jadi bayangan dia dan yang itu selalu bermain di minda.
Adakah aku akan menjalani hari hari aku seperti waktu itu semula?
Aku rasa ya kerana sekarang pun aku sudah tidak mampu menahan segala kesakitan dan meluahkan dengan tangisan.
Aku juga banyak bersendiri kerana spm sudah habis jadi tiada keperluan untuk aku keluar rumah.
Kerana itu perasaan sakit yang telah aku sembunyikan, muncul semula.
Ahhh, aku bencikan semua ini.
Aku mahu dia.
Tolong! Aku mahu dia! 😫

Post a Comment