M A R S H M A L L O W
Rezeki
Saturday, 5 December 2015 | 12/05/2015 09:11:00 am | 0 Marshmallow(s)

Assalamualaikum dunia hahahaha rasa kelakar lak ckp dunia. Lupa la nak update pasal tempat baru haaa walaupun dah dua minggu aku dkt sini. Ok la dekat sini not bad juga la tapi yg bad nya masa mds, minggu destini siswa. Masatu sangat la tertekan sbb takda kawan, selalu sorang, oc selalu suruh cepat, dan mcm mcm lagi la. Lepastu bila dah lonely ni selalu la teringat dkt umi ayah, adik abg, keluarga semua dan rumah. Asyik nak nangis je masatu. Sensitif betul hati. Hati macam tisu je rasanya, asyik koyak. Nyanyi lagu uitm dihatiku tu pun boleh nak nangis, sebak sangat rasanya masatu hahahaha kelakar betul la bila ingat balik.

Walaupun baru je 2 minggu dkt sini, tapi rasanya mcm dah bertahun wehh. Rindu sangat dekat umi ayah. Walaupun lepas mds dah ok sikit sbb dah ada kawan, tapi tetap nangis hari hari sbb rindu umi ayah. Kadang kadang tu bangun tidur tu rasa sebak, lepastu terus nangis haaa homesick sungguh. Cumanya sekarang dah boleh kawal sikit la, sebab dah tak fikir sangat sebab dah tak sorang sorang. Dah ada kawan yg classmate la, lagipun dia jiran sebelah bilik aku je jadi senanglah kan haaaa. So dengan dia la yg aku selalu berkepit, turun kafe berkepit, pergi kelas berkepit. Nama dia aten. Tapi budak nya kecik jeee haaaa aku yg rasa mcm besar sgt sbb kawan dgn dia huhu. Aten ni baiklah, dia pun sama mcm aku masa mula mula, takda kawan haa. Aten ni orang sini gak, so dia mcm senang nak balik la, bukan mcm aku ni haa. Tunggu cuti panjang baru boleh balik huhhh sedih tak terkata la tapi nak buat cane sebab nak belajar kan. Umi dgn ayah suruh kuat, jadi aku cuba untuk kuat dekat sini demi umi ayah.

Tapi kan apa yang aku rasa sekarang ni, tak sabar nak balik rumah lagi 18 hari yayyyyy. Tak sabar sangat, rasa mcm nk packing baju sekarang ni hahahaha sebab rindu sangat dekat umi ayah dan adik beradik yang lain. Susah tau tahan rindu ni lama lama, terseksa jiwa. Hmm life dkt sini pun ok je kot setakat ni, cuma duit la banyak pakai sebab nak beli buku la apa lah, mcm mcm nak dibeli huhh habis duit mcm ni. Takpelah, untuk belajar kan. Kesian ayah, akak janji akak belajar betul betul. Sayang umi ayah, sayang adik beradik yang lain.







Post a Comment





Hello!
Have Faith!

Welcome to my blog!





Credit
thanks for...

Template by : Trinadia
Basecodes : Yuuki
Image by : Tumblr & Google
Editor and Owner: Cahaya ❤