M A R S H M A L L O W
Kalian.
Monday, 9 June 2014 | 6/09/2014 04:00:00 pm | 0 Marshmallow(s)

Hati.
Hati yang terluka ni akan terus terluka dengan sikap yg kau tunjukkan dkt aku. 
Sakit. Sakit ni akan terus menghantui aku dengan luka yg kau dah semai dalam diri ni. 
Perit. Pedih. Kepedihan dan keperitan yang aku dah tak mampu nak tanggung lagi. 

Haruskah aku yang merasakan semua ini? 
Haruskah bagi aku untuk kehilangan semua yang aku miliki?
Cerita aku, kau takpernah tau.
Sakit yang aku rasa tak pernah kau pedulikan. 
Aku bagaikan tunggul yang takpernah kau kesahkan kewujudannya. 

Wajarkah aku untuk menerima semua kelukaan dan kesakitan ini?
Aku juga hanya insan biasa yang perlukan kasih sayang dari orang yang aku sayangi. 
Terlalu beratkah permintaan aku? 
Begitu susahkah mahu memberikan perhatian dan kasih sayang? 
Tetapi mengapa begitu mudah mengucapkan kata kata sayang tanpa mendalami maksud sayang tersebut dan terus membiarkan hati ini terluka? 

Wahai teman dan kekasihku, apakah salah yang telah aku lakukan sehingga kamu menghukum aku sebegini? 
Aku sudah mencuba yang terbaik untuk menjadi yang terbaik untuk kalian semua. 
Kejam sangatkah diri ini? 

Sesungguhnya aku tidak mengerti mengapa kalian berterusan memberikan rasa sakit ini. 
Cukup! Aku sudah puas terluka. 
Aku hanya ingin jalani kehidupan seperti insan biasa. 
Berhenti sakiti aku wahai kekasihku. 

Aku juga punya hati dan perasaan, wahai sayangku. 
Aku masih perlukan kau disamping aku. 
Aku sayang kau. 

Labels:







Post a Comment