M A R S H M A L L O W
Sesak
Friday, 13 June 2014 | 6/13/2014 09:13:00 pm | 0 Marshmallow(s)

Sesak minda.
Sesak hati.

Kadang kadang terasa sesak nafas untuk memulakan langkah baru.
Langkah baru yang harus aku mulakan.
Langkah baru yang harus aku mulakan walau tanpa rela.

Ya. 
Langkah baru.
Langkah baru tanpa dia. 
Wujudnya dia hanyalah sebagai rakan.
Padahal aku tidak akan pernah dapat menganggap dia hanya sebagai rakan.
Sejujurnya aku tidak tahu jika aku mampu untuk meneruskan langkah itu.
Masih jelas yang aku masih dan amat memerlukan dia. 

Aku seperti burung yang kepatahan sayap.
Selama ini aku bergantung pada dia. 
Mungkin sudah tiba masanya untuk aku belajar bersendiri?

Dia.
Dia mahu pergi dari hidupku kerana kelancangan mulutku berkata.
Aku menyalahkan dia atas segalanya dan dia bertekad untuk pergi.

Aku tidak seharusnya berbuat begitu.
Memang semua ini kekhilafanku.

Tetapi, bersediakah aku?
Ahhh, jika mahu tunggu kesediaan itu, 
sampai bila bila aku akan kekal begini.
Kekal sebagai seorang manusia yang tiada arah tuju.
Kekal sebagai manusia yang hilang orang yang tersayang.

Labels:







Post a Comment