Kenapa semenjak dua menjak ni kau makin hensem?
Ya Allah, dugaan betul.
Cara kau senyum, cara kau gelak, even kau diam takbuat apa apa pun tapi tetap bg aku kau nampak sangat hensem menarik so charming.
It just that i cant take of my eyes from you.
You make me miss you.
You make me love you more and more.
It make me feel jealous when there is another women who think you are so attractive and what hurt me more when they started to like you.
I know that you love me but the truth is you're too egoistic to say it to me.
Aku tahu kau sentiasa sakit dengan perbuatan aku, tapi bagi peluang yang betul betul aku rasakan sebagai peluang.
Bukannya memberikan peluang dan membiarkannya.
Kau dah buat yang terbaik dalam hubungan ni.
Dan aku pula takpernah nampak segala pengorbanan dan usaha kau.
Malam.
Labels: Emir ♥
Tadi ada solat hajat dekat sekolah.
Tak sangka aku dengan dia sampai dkt sekolah saing.
Haa, dia pergi sekolah dengan ayah.
First time kot nampak ayah dia depan depan.
Dia tetap hensem.
Entahla, hati ni mmg terpaut dekat dia je. Hehehe.
Lepas dah selesai semua, nak amek mknn semua tu kan haa ayh suruh aku amekkan mknn untk ayah.
Ayh kata dia nak tunggu dkt kereta. Masa pnggil ayah sebab nak konfem yang ayh tunggu dekat kereta, rupanya dia dekat je dengan ayah.
Masa panggil ayah tu, dia terpandang sekali kot.
Bila nak balik tu hm ni la yang perit sikit.
Pakwe kawan panggil nak tanya knpe kwn tu tak dtg.
Dkt situ semua lelaki dan aku bukannya rapat pun dengan budak lelaki tu.
Lepas aku dh jawap masa nak pergi tu aku nampak dia melintas jalan dekat situ.
Mesti dia nampak aku bercakap dengan budak budak tu dan aku tahu dia mesti bertambah marah dan sakit hati.
Hati aku pun sakit bila aku sakitkan hati dia tanpa aku sengaja.
Hati aku tak tenang.
Aku taktau dan takmampu nak berbuat apa apa.
Cuma aku nak cakap, cemburu tu kenalah bertempat.
Setiap perkara mesti ada penjelasan dan penjelasan tu mestilah dijelaskan bukannya penjelasan tu diabaikan.
Maafkan aku sebab sentiasa sakitkan kau.
Labels: Emir ♥
Aku harap kita dapat berbaik mcm dulu.
Aku harap kita dapat sambung hubungan kita mcm dulu.
Aku sayang kau.
Aku dapat rasakan yang kau juga menyayangiku.
Tetapi engkau sendiri seolah olah bermain tarik tali dengan aku.
Kadang kadang kau tunjuk sayang kadang kadang kau biasa.
Selama ni aku merasakan yang aku syok sendiri dekat kau.
Aku letak garis panduan untuk tidak terlalu berharap dengan kasih sayang kau, sebab aku takut aku akan terus jatuh.
Bila kau menunjukkan cemburu kau, aku gembira dan kecewa.
Gembira kerana kau masih sayangkan aku.
Kecewa kerana sikap cemburu kau tu membuatkan kau menjauhkan diri, mendiamkan diri, memarahi aku.
Aku mahu berbaik dengan kau.
Aku mahu hubungan kita bersambung semula.
Aku mahu sayang kau untuk aku.
Aku mahu gelak tawa kau untuk aku.
Aku tahu aku keterlaluan dalam mengongkong hidup kau, maafkan aku.
Tapi aku buat semua itu sebab aku sayangkan kau.
Selama ini cemburu aku, aku simpan sedaya upaya.
Sebab aku tahu kau akan merasa rimas jika aku terlalu mencemburui kau.
Sejak hubungan kita begini, aku belajar untuk tidak menunjukkan cemburu dan sakit hati aku.
Aku harap kau faham yang aku sayang kau.
Aku taknak kau sekadar tahu.
Aku nak kau faham.
Aku nak kau terus kekal dalam hidup aku.
Labels: Emir ♥
Hai. Selamat malam.
Hahaha, awal lagi ye dak?
Haih tapi mata ni dah buat hal dah, sibuk nak pejam pejam.
Padahal petang tadi dah tidur.
Okkk, back to topic laa.
Hm kadang.
Kadang rasa sangat yang diri ni bodoh.
Sebab apa? Sebab masih menanti orang yang kita tak pasti dia nak kita ke taknak.
Bila berharap terlalu tinggi, takut harapan tu jatuh dan bila jatuh pasti harapan tersebut hancur berkecai.
Tapi dah nama nya sayang.
Sesakit mana pun jatuhnya harapan tu, pasti akan datang harapan yang baru.
Walau sudah beribu kali hati dan harapan ini dilukai, tapi masih juga mahu terus berharap.
Kadang tak sedar apa yang dilakukan.
Kadang mahu biarkan hati terluka.
Kadang hanya mampu membina dan terus membina harapan tanpa mendapat apa apa.
Labels: Emir ♥
Bila dekat rumah nyai ni buat aku mcm takda kerja.
Hahaha yela kan mmg taktau nak buatpe haaa.
Hm tahun ni balik raya haji mcm biasala kan dkt ayer hitam ni.
Tak sangka pulak tahun ni sambut ramai ramai. Hahaha.
Hm tetibe abg sedara aku, paie balik sini dengan tunang dia.
Bila nampak abg paie tu rasa biasa jela kan.
Tapi bila lama lama dia dkt sini, dia mengingatkan aku dekat Emir.
Sebab cara dia ikat rambut mengingatkan aku masa Emir pernah dtg jumpa aku dengan rambut mcm tu.
Hahaha kenangan, buat aku tertawa seketika.
Bila difikirkan, rupa mereka juga lebih kurang kecekungan nya.
Dua dua nya sama kurus.
Rindu pada si dia bertambah tambah.
Ingatan kepadanya semakin kuat.
Labels: Emir ♥
Hubungan antara kita dah hampir 2 tahun.
Tapi aku sendiri tidak mengetahui status sebenar hubungan ini semenjak perpisahan yang sekali lagi tidak aku ketahui bila.
Entahlah.
Terasa cepat benar berlalu.
Kenangan kenangan kita kebanyakan nya masih segar di ingatan.
Bila agaknya hubungan kita mahu pulih seperti sediakala?
Bila hubungan kita akan ceria seperti dulu?
Bila kita akan mencipta kenangan seperti dulu?
Aku masih perlukan kau untuk sentiasa berada di samping aku.
Tolong...
Labels: Emir ♥
Perjumpaan yang didambakan.
Perpisahan yg mahu dielakkan.
Rasa berat hati nak balik lepas jumpa dia walaupun perjumpaan ini tidak dijangka.
Rasa rindu sangat.
Bila kena suruh balik tu mcm hmm
Entahlah ek.
Dah lama tak keluar berdua santai santai mcm tu kot.
Rindu.
Kalau boleh hari hari nak mcm tu.
Haha tapi kena nikah dulu la kan.
Labels: Emir ♥
Pagi tadi sekali lagi hati ni bercelaru.
Sampai dekat sekolah dan tunggu dkt dalam kelas untuk dia dtg.
Tapi dia tak dtg dtg pun.
Entahlah, hati mula risau padahal selama ni takpernah mcm ni.
Risau sebab selama ni dia dtg je dan selalu awal, kalau bukan dia sampai sebelum aku, dia lewat sikit sebelum aku.
Aku taktau kenapa pagi tadi aku mcm tunggu dia sangat sangat.
Jam dah nak pukul 7:30 tapi kelibat dia masih tidak kelihatan.
Buat kerja pun tak senang hati.
Hati pun mula tertanya tanya ada apa apa yg terjadi pada dia ke.
Dan kerisauan aku hilang bila nampak dia masuk kelas.
Masa tu rasa lega yang teramat.
Lega sangat sebab dia sampai dalam keadaan yang sihat dan baik.
Aku je risau sgt.
Legaaaaa.
Labels: Emir ♥
Pagi tadi hati aku bagai ditoreh toreh.
Aku taktau mengapa.
Hati ini rasa pilu sakit perit. Semangatku untuk belajar sudah hilang.
Aku rasa seperti mahu marahkan semua orang.
Bila aku sedar yg aku hanya memikirkan dia, baru aku tau punca segala rasa perit itu.
Hampir seharian dia tidak di dalam kelas kerana mengikuti program. Mungkin hati ini sudah terbiasa merasakan bahawa dia sentiasa dekat tetapi apabila secara tiba tiba dia tiada terasa kehilangan yang amat.
Adakah niatku ke sekolah hanya untuk bertemu dia?
Entahla. Tetapi aku dapat rasakan hatiku merasa kesakitan yang amat apabila dia tiada.
Sungguh aku katakan bahawa aku merinduinya.
Teramat merinduinya.
Labels: Emir ♥
Labels: Emir ♥
Labels: Emir ♥
Labels: Emir ♥
Labels: Emir ♥
Labels: Emir ♥
Maaf.
Ya,
Aku memang manusia yang terlalu ikutkan perasaan.
Maaf beribu kali maaf.
Maafkan aku atas kekhilafan ku itu.
Sememangnya semua ini adalah salah ku.
Aku yang mempermainkan hati aku sendiri.
Aku yang memperbodohkan diri aku sendiri.
Emir, maafkan aku.
Aku cuma rasa aku tidak sanggup untuk terus kehilangan kau.
Maafkan aku.
Labels: Emir ♥
