M A R S H M A L L O W
Kesayangan ❤
Saturday, 2 August 2014 | 8/02/2014 03:31:00 am | 0 Marshmallow(s)

Assalamualaikum. Hai.
Kesedihan tidak lagi menjengah hati ini.
Adakah perasaanku itu sudah hilang?
Mungkin tidak, kerana kini dia sudah kembali menghiasi hari hariku.
Walaupun mungkin tidak seperti dahulu, tetapi aku tetap merasa bahagia.
 
Siapakah yang tidak akan merasa bahagia apabila yang tersayang bersama kita?
Tahun ni, aku dapat beraya bersama Emir lagi cuma bahagia yang datang tidak lah seperti dahulu, juga tidak ku ketahui mengapa.
 
Tidak mengapalah, 
biarlah perkara itu kekal menjadi rahsia tanpa aku ketahuinya. 
Kerana lagi mudah aku menjalani hidup dan hari bahagia ku bersama rakan rakan dan Emir. 
 
Sayang.
Aku sayang setiap manusia yang berada bersama aku walau dalam apa jua keadaan. 
Aku bahagia bersama mereka.
Seminggu tidak ketemu, bertambah kerinduan aku kepada mereka. 
Ramizah, Azwa, Syasya, Nisa.
Lahai, mereka semua kesayangan aku. 
Yang paling aku rindui, tentulah Emir tersayang.
 
Masih ku ingat wajah tampannya yang menjamah penglihatanku ketika hari terakhir bersekolah sebelum cuti raya.
Dia segak memakai baju melayu berwarna hitam dan bersamping. 
Lengan baju yang dilipat menyerlahkan lagi ketampanan yang ada pada dia. 
 
Terpegun aku melihatnya turun dari atas. 
Dia menyertai khatam quran. 
Dia juga lah yang mengetuai khatam tersebut. 
Cara dia sungguh menarik hati aku.
Bacaan dia, membuatkan hati wanita ku bergetar. 
Hahaha, sememangnya dia tampan pada luaran dan dalamannya. 
 
Tidak keterlaluan rasanya jika aku mengatakan bahawa dia adalah calon suami yang sempurna untuk semua wanita.
Ahh, wajarlah bagiku untuk merasa cemburu jika hampir semua kenalan ku menyampaikan kepadaku tentang ketampanan dia.
Kalau boleh, biarlah ketampanannya hanya untuk yang berhak bersama dia. 

Harus ku akui bahawa harapan ku untuk menjadi yang tersayang untuknya masih ada. 
Tapi harus juga untuk aku menyimpan semua angan ku itu agar tidak kecewa lagi di kemudian hari. 

Bagiku sekarang, sudah cukup untuk dia berada sentiasa di sampingku. 
Perasaan dia, sayang katanya. 
Tidak ku ketahui kebenaran kata katanya itu, tapi harapan ku agar dia benar benar menyayangi ku. 

Aku cuma mahukan insan yang jujur dan menerima aku seadanya aku. 
Yang mampu menerima kurang aku, lebih aku, buruk aku dan segalanya tentangku. 
 
Selamat malam.

Labels:







Post a Comment





Hello!
Have Faith!

Welcome to my blog!





Credit
thanks for...

Template by : Trinadia
Basecodes : Yuuki
Image by : Tumblr & Google
Editor and Owner: Cahaya ❤