M A R S H M A L L O W
Berlalu.
Sunday, 26 October 2014 | 10/26/2014 09:18:00 pm | 0 Marshmallow(s)

Dah setahun berlalu sejak detik itu.
Detik di mana segala perubahan berlaku.

26 Oktober 2013.
Tarikh monthsarry kita yang ke-9.
Itu kali pertama kot ridhwah sambut sorang sorang.
Emir pergi kem masatu.
Sebelum tu pun kita gaduh.

Ridhwah ingat lagi hari yang kita exam.
Pagi tu masa sampai kelas baru emir beritahu ridhwah.
Emir tunjuk borang kem tu dan borang tu dah terisi.
Entah kenapa, hati rasa sayu dan sedih sangat.
Lepas emir bagi ridhwah tgok, air mata ni mengalir dengan sangat deras.

Sampaikan dah start exam pun air mata tak berhenti mengalir.
10 minit lepastu pun tak berhenti lagi.
Orang lain taktau ridhwah menangis.
Ridhwah diam.
Menangis sebab rasa emir dah tak sayang ridhwah.
Menangis sebab rasa yang emir pergi tanpa beritahu ridhwah sbb ridhwah dah tak penting.
Terus terang ridhwah berkecil hati.
Tapi siapalah ridhwah untuk menghalang.

Ridhwah juga ingat ridhwah sempat bertemu emir sebelum emir pergi.
Emir hensem.
Hati rasa berdebar je masa tu sebab emir lain sangat.
Lepas emir pergi, ridhwah dah mula rindu.
Waktu tu hati rasa ingin menangis.

Mungkin juga ridhwah menangis sebab emir takda dgn ridhwah masa tarikh tu.
Ridhwah tahu masa tu memang kita takleh contact.
Malam tarikh tu, tepat 12 malam.
Teringat emir hati jadi sayu.
Mengenangkan apa yang sedang emir lakukan ketika itu membuatkan rindu bertambah.
Jadi ridhwah ambil keputusan untuk hantar mesej dekat fb.
Emir ingat tak lagi mesej tu?
Panjang berjela kan ridhwah hantar?
Ya, sebab waktu tu rindu yang teramat.

Menangis seorang diri di hadapan laptop sambil menghantar mesej tu.
Mengarang ayat ayat yang membuatkan hati sedikit bahagia dan sebak.

Balik dari kem.
Emir berubah.
Emir bukan seperti emir yang ridhwah kenal sebelum ini.
Rasa kehilangan.
Mula merasakan pergaduhan kita sebelum ini adalah punca perubahan itu.
Tapi emir menafikan dan mengatakan memang niat hati emir ingin berubah.

Pada mulanya sukar untuk menerima.
Hampir saban hari air mata mengalir.
Lama kelamaan mula membiasakan diri, lagi pun emir tetap seperti dulu walaupun kita sudah tidak dapat bertemu.

Emir, emir sedar sesuatu?
Sejak setahun yang lepas, kita dah tak semesra dulu.
Sejak setahun yang lepas, hubungan kita tak serapat dulu.
Hidup kita berubah secara total sejak tu.
Kita dah jarang berjumpa.
Rasanya macam tak berjumpa langsung sebab dah cuti sekolah waktu tu.

Ridhwah mampu pendam je semua tu.
Walaupun hati ni dah sarat dengan kerinduan.
Ridhwah rasa rindu ni tak pernah habis.

Emir tahu? Ridhwah harap lepas emir balik kem, kita akan jadi macam biasa.
Tapi ridhwah silap, sejak tu kita dah tak bersama macam dulu.
Emir pula sudah membiasakan diri dan lebih seronok bersama teman teman emir.

Terkilan sangat.
Ridhwah tahu ni kenyataan paling tak matang, tapi waktu tu ridhwah cemburu dengan kawan emir yang sentiasa bersama emir.

Ridhwah rasa rindu.
Rindu pada kita sebelum setahun yang lepas.
Ridhwah teringin nak jadi macam sebelum setahun ini.
Sebab rasanya sejak setahun ini, monthsarry kita hanya sekali atau dua kali saja kita menyambutnya bersama.
Angan angan ridhwah dalam mesej yang ridhwah hantar dekat emir tu, ridhwah baca selalu.

Mana perginya emir yang selalu di samping ridhwah?
Mana perginya emir yang sayangkan ridhwah?
Mana perginya emir yang selalu ada untuk ridhwah?
Mana perginya emir yang selalu menyokong ridhwah dan sentiasa membantu ridhwah?
Mana perginya emir yang amat ridhwah sayangi sepenuh hati?

Tiada lagi nama ridhwah yang selalu disebut oleh emir.
Tiada lagi gelaran 'orang' 'dia' 'kita' 'awak' 'saya' .
Tiada lagi kata sayang.
Ridhwah takut, takut jika tiada lagi ridhwah dalam hati emir.

Bukan meraih simpati, bukan juga menyesal dengan segalanya.
Kerana ridhwah tahu, hal ini terjadi semuanya kerana silap ridhwah.
Haruskah ridhwah lepaskan semua ini?
Entahlah. Ridhwah tak mampu.

Hubungan kita semakin suram dari hari ke hari.
Cepat sungguh masa berlalu kan?
Ridhwah suka pandang emir sebab ridhwah rindu.
Mungkin emir tak rasa sebab emir lelaki, ridhwah perempuan.
Bukan mengatakan bahawa lelaki ini tidak punya perasaan, hanya mahu mengatakan lelaki lebih menyimpan perasaan.
Lagi pun emir kan sado. Hahaha.

Hari hari berkepit.
Hari hari balik sama sama.
Hari hari mesej.
Hari hari berjumpa.
Hari hari call walaupun sekejap.
Mungkin hari hari tu yang buat emir bosan dan lemas kot.

Ridhwah tahu.
Sebabtu ridhwah mula diam.
Diam ridhwah bukan tak sayang.
Tapi diam ridhwah untuk bagi masa dekat emir.
Bagi masa dekat emir untuk emir sedar bila emir perlukan ridhwah.
Dan ridhwah akan sentiasa ada untuk emir bila emir memerlukan.

Mungkin keadaan kita dah tak seperti dulu, tapi emir tolong percaya satu hal ni.
Sayang ridhwah masih seperti dulu.
Ridhwah bahagia sangat bila kita tak perlu sorok hubungan kita, ridhwah bahagia bila emir panggil ridhwah dalam kelas.
Ridhwah bahagia bila kita dapat berbual macam dulu.
Ridhwah bahagia bila dapat lihat emir tersenyum bahagia.

Ridhwah tahu, emir mahukan kematangan dalam sesuatu hubungan.
Emir juga mahu ridhwah menjadi seorang yang matang.
Maaf, ridhwah dah cuba sedaya upaya untuk jadi macam yang emir nak tapi nampaknya tak membuahkan hasil.

Sekali lagi, bukan meraih simpati tapi hanya mahu meluah rasa.
Meluah rasa yang sudah lama dipendam diam.
Dan harini pulak monthsarry kita yang ke-21.
Ya, ridhwah dah terbiasa seorang.
Tapi dalam keterbiasaan itu, sakitnya tetap ada.
Walaupun suatu hari nanti emir sudah menganggap tarikh ini tiada maknanya, tetapi biarlah ridhwah terus biarkan tarikh itu sebati dalam hati.

Sebenarnya macam dah terlajak jauh daripada tajuk laaaaa.
Haih, Emir.
Happy monthsary yang ke-21.
Sayang tetap ada, jadi berhenti cakap yang ridhwah tak sayang emir, ok?

P/s jangan rasa nak muntah baca entry ni. Haa jangan kata ridhwah drama ekkk. Cubit kang. Hm, lepas baca entry ni terserah la dekat emir nak buat apa dekat ridhwah. Tak layan ke, anggap macam takda pape ke, terus macam biasa ke, sukahatilah. Ridhwah terima je. K loveyou.







Post a Comment





Hello!
Have Faith!

Welcome to my blog!





Credit
thanks for...

Template by : Trinadia
Basecodes : Yuuki
Image by : Tumblr & Google
Editor and Owner: Cahaya ❤