M A R S H M A L L O W
He wont look into my eyes, not anymore
Friday, 31 May 2019 | 5/31/2019 02:07:00 am | 0 Marshmallow(s)

Dah hampir 7 bulan aku berpisah dengan dia. Hubungan yang terjalin atas rasa sayang masing-masing dah berakhir. Walaupun dah setengah tahun berpisah, masih aku rasakan sukar untuk menerima kenyataan tu. Bukanlah memilih untuk tidak move on, tetapi hati ni sering rindu pada cara layanan dia. Dia sentiasa memberikan yang terbaik dalam hubungan kami, manakala segala kesakitan yang muncul semua nya berpunca daripada aku. Dia takkan melangkah pergi jika bukan atas kesakitan yang aku timbulkan. 

Mungkin, mungkin aku dah boleh terima kenyataan tetapi hakikat nya aku merindui layanan dia sebagai seorang teman. Dia pernah menjadi kawan yang baik untuk aku tetapi sekarang untuk bercakap dan melihat aku pun tidak mampu dia lakukan. Muncul rasa ketidakselesaan aku apabila berkumpul beramai-ramai kerana sikapnya yang cuba untuk tidak mengendahkan aku. Aku tahu bukan senang juga untuk dia berdepan dengan aku selepas semua kesalahan yang aku lakukan, dia berhak untuk terus marahkan aku. Tetapi rasa sayang yang masih ada ini membuatkan aku tidak dapat menerima kelakuan nya sebegitu. 

Dia tinggalkan aku kerana tidak mampu bertahan dengan tingkah laku aku yang selalu menimbulkan pergaduhan antara kami, di akhir pertemuan kami sebelum berpisah dia ada menyatakan bahawa dia sudah tidak punya rasa itu. Hanyalah kekosongan yang dirasai. Bukan mudah menerimanya, tetapi aku tabahkan hati menanggung akibat dari segala perbuatan jahat aku pada kau. Seringkali aku bisikkan dalam diri, kau berhak mendapatkan yang terbaik kerana kau juga sentiasa yang terbaik. Sayangnya, jauh di lubuk hati, aku mahu aku lah yang menjadi terbaik untuk kau. Manusia hanya tahu menghargai bila sudah tiada di depan mata, itulah aku. 

Tidak mampu aku tafsirkan jika kau juga sudah sepenuhnya melangkah dari aku tetapi aku tahu kau bahagia dengan keputusan yang kau lakukan. Kerana itu yang kau mahukan, melangkah pergi dari kesakitan. Aku pernah menjadi manusia paling bahagia kerana punya kau dalam hidup aku, mungkin aku lupa segala nikmat itu Tuhan yang beri, maka Dia mahu aku ingat padaNya dengan memberikan ujian ini kepadaku. Ujian kehilangan orang yang aku sayangi. 

Benar, aku memperlakukan kau sesuka hati tetapi sayang aku pada kau tidak pernah berkurang malah bertambah dari hari ke hari. Aku tidak pandai menunjukkan rasa sayang. Layanan aku pada kau sama seperti aku melayan adik-beradik aku. Iye, aku tahu aku jahat. Hanyalah cara itu menunjukkan keselesaan aku pada orang yang aku sayangi. Mungkin selepas ini, aku kena lebih belajar menghargai setiap yang hadir dalam hidup aku. Perkara ini aku jadikan pengajaran terbesar agar tiada lagi yang tersakiti kelak. 

Hanya satu aku mahu kau tahu, sayang ini masih ada untuk kau. 








Post a Comment





Hello!
Have Faith!

Welcome to my blog!





Credit
thanks for...

Template by : Trinadia
Basecodes : Yuuki
Image by : Tumblr & Google
Editor and Owner: Cahaya ❤