M A R S H M A L L O W
Berbahagialah sayang.
Monday, 1 July 2019 | 7/01/2019 01:53:00 am | 0 Marshmallow(s)

Bukan mudah mengungkap rasa yang tersimpan. Sudah lama tidak ku luah kan apa yang aku rasakan terhadap dia pada orang lain. Tak siapa pun yang tahu bahawa aku masih belum melupakan dia selama ini. Mungkin lebih mudah melupakan dari ingatan daripada melupakan dari hati. Tidak sebegitu mudah untuk hati menerima segalanya. Aku rindu, tapi harus aku akui dia berhak bahagia dengan pilihan hatinya. Kadang hati ini menyimpan 1001 rasa yang takkan bisa terungkap. Tidak semudah melafazkan kata-kata, rasa ini hadir bagai menyiksa diri. 

Rasa ini, sepertinya juga keliru untuk memberikan rasa yang sebenar pada hati ini. Kosong, itu sebetulnya yang aku rasai hingga kini. Bukan kerana dia, tetapi hati terasa amat kosong setiap kali berseorangan. Masih tiada kekuatan untuk menerima kenyataan kehilangan ini. Bukan menidakkan takdir Tuhan, bukan mengambil kerja Tuhan, kerana selayaknya hidup ini hanya aku abadikan untuk Allah. Pilihan hati dia yang baru, aku berharap kau tidak akan penat untuk membahagiakan dia. Aku tidak mahu dia merasakan kesakitan seperti sewaktu dia bersamaku. Aku hanya ingin melihat dia bahagia, kerana itu yang selayaknya dia dapatkan. Aku tidak akan pernah mengganggu kebahagiaan kamu berdua, akan sentiasa aku doakan semoga dia dan kau berkekalan. Kebahagiaan yang dia rasai, akan juga aku rasai. Berbahagia lah sayangku. 







Post a Comment





Hello!
Have Faith!

Welcome to my blog!





Credit
thanks for...

Template by : Trinadia
Basecodes : Yuuki
Image by : Tumblr & Google
Editor and Owner: Cahaya ❤