Tuesday, 16 July 2019 | 7/16/2019 04:41:00 pm | 0 Marshmallow(s)
Jadi perempuan ni memang complicated kan. Kadang tu sendiri pun taktau macam mana nak explain apa yang ada dalam hati. Jujurnya aku rasa aku dah melepaskan dia dari hati tetapi kerap kali dia muncul dalam ingatan. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk aku, Dia yang dah menghilangkan rasa yang ada dalam hati ni. Kecewa, ada sedikit kekecewaan yang aku rasakan. Bukan kecewa kerana perasaan yang hilang, tetapi kecewa kerana persahabatan yang putus setelah berakhirnya kisah percintaan ini. Ataupun mungkin kekasih baru dia tidak membenarkan persahabatan antara kami atau dia sendiri masih belum sepenuhnya memaafkan kesalahan yang pernah aku lakukan terhadap dia.
Pernah tidak aku ceritakan mengenai dia meminta aku mengajarkan subjek data analysis? Malam itu, aku pergi ditemani rakan baik ku. Dia juga datang bersama teman baik nya. Kami semua saling mengenali antara satu sama lain. Tidak terlalu janggal malam itu, tetapi yang aku rasakan janggal ialah layanan dia terhadap ku. Kami tidak langsung bertentangan mata walaupun untuk melihat ke wajah masing masing. Dia sedaya upaya mengelak daripada memandang ku. Mungkin kerana tidak mahu memberikan harapan kepadaku. Mungkin dia berfikir aku masih menyimpan rasa terhadap dia. Jujurnya, aku okay. Aku sudah kuat menerima semua ini. Aku sudah belajar melepaskan yang bukan milikku. Yang aku mahu hanyalah persahabatan seperti dahulu. Aku rindukan keadaan dan suasana seperti dahulu. Dia melayani ku seperti teman biasa.
Aku sedar salah dan silap ku. Aku tidak menyimpan harapan yang tinggi. Sekadar dapat berteman dan membuang rasa janggal itu sahaja sudah cukup untuk aku. I've learn to let go every pieces left. Dia seorang lelaki yang baik yang berhak mendapatkan yang terbaik seperti dia. Dia mudah mencari pengganti kerana sifatnya yang penuh dengan kasih sayang. Dia seorang lelaki yang penuh dengan kasih sayang yang ingin dia curahkan pada orang yang dia kasihi. Ruginya orang yang tidak menghargai dia. Aku terima dia bukan untukku, tetapi jika suatu hari kelak aku dipertemukan kembali dengannya aku tidak akan teragak agak untuk menerimanya dan menghargai dia kerana aku tahu dia lah yang terbaik yang ada dalam hidup aku.

Post a Comment