M A R S H M A L L O W
Life?
Thursday, 25 July 2019 | 7/25/2019 02:29:00 am | 0 Marshmallow(s)

Belajar ni tak susah tapi kite ni yang menyusahkan pelajaran tu kan? Kadang kadang tu constantly rasa nak berhenti belajar sebab rasa degree ni cukup susah. Bila borak dengan orang bijak pandai, terus rasa rendah diri sangat. Bukan aku tak mampu nak teruskan, tapi keyakinan diri dan semangat aku semakin menghilang. Aku rasa lebih ramai lagi orang bijak pandai yang berhak untuk dapat peluang yang aku dapat ni. Tak siapa yang mengetahui apa yang aku rasa tentang pembelajaran aku, tiada tempat meluah. Bila terasa susahnya belajar, akan ada sahabat yang menghulurkan tangan untuk meringankan beban yang kite rasai. Belum lagi aku temui rakan yang dapat bersabar dengan kerenah ku dalam perjalan degree ku ini tetapi tidak mengapa, aku akan terus mencari sehingga ketemu yang sanggup bersabar dengan kelemahan ku.

Tapah. Tempat yang pada mulanya sukar untuk aku terima sebagai tempat belajar ku tetapi akhirnya sudah menjadi tempat yang sangat aku rindui kerana pelbagai memori yang telah dicipta disana. Perjalanan diploma ku tidak lah semudah yang disangka tetapi juga tidaklah sesusah seperti yang aku lalui sekarang. Sewaktu diploma, aku tidak pernah keseorangan kerana akan sentiasa ada teman sekelas ku kerana mereka juga teman serumah dan se geng dengan ku. Setiap pelajaran yang tidak ku fahami, mudah untuk aku bertanyakan kepada mereka kerana mereka sentiasa ada untuk membimbing dan membantu ku. Berlainan sungguh dengan degree ku sekarang, teman sekelas sebilik ku sudah berjauhan dengan ku kerana kami sudah berlainan kursus. Betul, aku ada kawan sekelas yang baru tapi mungkin masing masing masih belum menyesuaikan diri dengan suasana yang baru. 







Jujurnya aku juga belum dapat menyesuaikan diri dengan suasana baharu. Mungkin kerana jiwa dan perasaan yang terlalu kuat mengingatkan segala memori bersama rakan-rakan serumah yang aku sayangi. Mereka ibarat nyawa aku di Tapah, tanpa mereka mungkin aku masih belum mengenali diri ku yang sekarang. Mereka lah yang selalu memberi semangat dan membantu ku ketika di Tapah. Tidak pernah aku ditinggalkan berseorangan. Tipu la aku jika aku mengatakan yang manis sahaja tentang mereka. Setiap persahabatan ada turun dan naik nya, ada manis dan masam nya, ada liku liku yang harus ditempuh. Alhamdulillah aku bersyukur kerana kami masih bersama walaupun pelbagai pahit yang kami tempuh. Mereka tidak pernah berputus asa dengan persahabatan ini. Mereka lah yang paling aku sayangi di Tapah.











No words can describe my feeling towards them. Mungkin kerana terlalu merindui mereka, aku tidak dapat mengelak dari membandingkan kehidupan yang sedang aku jalani dan kehidupan bersama mereka. How I wish I can turn back time. Semoga semuanya sentiasa sihat dan dalam lindungan Allah. Aku sayang kamu semua. 







Post a Comment





Hello!
Have Faith!

Welcome to my blog!





Credit
thanks for...

Template by : Trinadia
Basecodes : Yuuki
Image by : Tumblr & Google
Editor and Owner: Cahaya ❤