M A R S H M A L L O W
GEMBIRA 💕
Monday, 11 August 2014 | 8/11/2014 01:23:00 am | 0 Marshmallow(s)

Assalamualaikum :)
Rasanya setiap kali coretan tidak perlu semuanya mengenai kesedihan aku sahaja kn?
Seharusnya aku bergembira dan bersyukur dengan life yang aku ada sekarang ni kan?
 
Ya, seharusnya dan sepatutnya begitu.
Masalah dalam dunia ni tak akan pernah berhenti menghantui kita kan.
Jadi ikut kata abang angkat dan kakak angkat ku, 
"Just live your life"
 
Aku setuju kerana bagi aku, 
hargai hidup yang ada dan sentiasa menceriakan hari hari yang kita ada.
Kerana tak selamanya kita akan sempat merasa hidup bergembira dan ceria.
Jadi janganlah bebankan dengan masalah kecil yang dengan tak semena mena menjadi besar sebab kita asyik nak fikirkan je.
Kalau asyik fikir tapi takda fikir jalan penyelesaian pun takguna jugak kan?
So just chill. 
Hidup bukan atas dasar penyesalan.
 
Kau terus fikirkan masalah kau dan kau akan menyesal.
Sebab lama lama kau akan sedar yang kau dah membazirkan banyak waktu kau memikirkan masalah kau dan kau merasa tak gembira dan tidak bersyukur dengan hidup yang kau ada selama ini. 
 
Walaupun sekarang Emir tidak lagi bersama aku, 
aku tetap cuba untuk tempuh hidup yang aku ada. 
Sebabnya aku sedar yang aku tetap tak akan dapat tarik perhatian dia kalau aku terus bersedih dan meratapi perpisahan ini. 
 
Aku sayang dia dan akan sayangkan dia walau sebenci dan meluat macam mana pun dia dekat aku.
 
Aku redha dengan semua ini.
Dia ada hak untuk menentukan hidup dia. 
Aku bahagia dapat tengok dia bahagia dengan manusia yang berada di sekeliling dia sekarang ini. 
Ya, aku bahagia walaupun aku bukan salah seorang daripada manusia yang berada di sekeliling dia itu. 
Ya, aku bahagia walaupun dia bahagia bukan dengan ku. 
Ya, aku bahagia melihat dia tertawa kegembiraan walaupun di hati bersarang rasa cemburu dan sedih kerana tidak dapat membahagiakan dia selama perhubungan kami. 
 
Tidak mengapa. 
Sudah ku katakan bahawa aku cuba terima semua ini.  
Jadi aku harap kau bantu aku untuk terima semua ini.
Berikan aku masa untuk membiasakan diri supaya tidak mencemburui engkau apabila kau berada bersama yang lain. 

Aku harap kau dapat mengerti.
Aku masih perlukan masa untuk membiasakan semua keadaan ini. 
Aku perlukan masa untuk sedar semua yang telah berlaku. 

Jika suatu saat nanti kau datang semula kepadaku, 
jujur aku katakan aku akan menerimamu dengan hati yang sangat terbuka. 

Ya, biarkan apa pun kata mereka.
Aku akan kukuhkan sayang aku dan aku akan menunggumu. 
Selamat malam bintang hati saya ❤
  

Labels:







Post a Comment





Hello!
Have Faith!

Welcome to my blog!





Credit
thanks for...

Template by : Trinadia
Basecodes : Yuuki
Image by : Tumblr & Google
Editor and Owner: Cahaya ❤