M A R S H M A L L O W
Indah 💞
Friday, 29 August 2014 | 8/29/2014 01:08:00 am | 0 Marshmallow(s)

Sampai bila kau nak terus lukakan hati aku?
Ya, memang sekarang kita berkawan.
Tapi kenapa kau takboleh nak layan aku macam kawan kawan kau yang lain?
Sebab kau takut layanan kau akan bagi harapan yang tinggi menggunung dekat aku?

Biar, biar harapan aku tinggi menggunung.
Sebab lepasni harapan tu aku akan simpan sendiri.
Aku takkan salahkan untuk semua harapan yang aku reka sendiri.

Aku taktau apa yang kau rasai terhadap aku.
Aku pulak menyayangi engkau.
Bagaimana harus kita teruskan dalam hubungan begini?

Kau dalam dunia kau.
Aku dalam dunia aku.

Kisah kita rumit. 
Rakan rakan aku mengatakan aku beruntung kerana masih berhubung dengan kau.
Tapi tidak mereka tahu status kita.
Tidak mereka ketahui cara kita berhubung.
Tidak mereka tahu bagaimana layanan kita sesama sendiri.

Aku hanya inginkan waktu yang kita ada ini kita manfaatkan bersama.
Aku tau kita akan menghadapi peperiksaan besar akhir tahun ni.
Tapi tidak bermakna hubungan ini akan menggangu tumpuan kita.

Aku cuma teringin benar meluangkan masa bersama kau.
Aku teringin mencipta sebanyak mungkin kenangan untuk kita ingati.
Aku teringin benar mengambil pelbagai gambar kita berdua.
Ingin benar aku bingkaikan semua gambar itu agar menjadi kenangan yang akan selalu aku ingati.

Aku ingin kau ketahui bahawa engkau la kenangan paling indah yang pernah muncul dalam hidup aku. 
Kenangan manis yang takkan pernah aku lupakan.
Sampai bila bila kau dalam ingatanku.
Aku masih berharap kenangan kita akan sentiasa bertambah dan akan kita berdua rindui.


Labels: ,







Post a Comment





Hello!
Have Faith!

Welcome to my blog!





Credit
thanks for...

Template by : Trinadia
Basecodes : Yuuki
Image by : Tumblr & Google
Editor and Owner: Cahaya ❤