M A R S H M A L L O W
Sayangku Untukmu ❤
Wednesday, 6 August 2014 | 8/06/2014 01:10:00 am | 0 Marshmallow(s)

Adakah dengan melupakan dia, aku akan bahagia?
Ada yang mengatakan cinta zaman sekolah ini hanyalah mainan. 
Hahaha, ada kebenaran pada kata kata mereka itu. 
Tapi tidak semuanya mainan.
Ada yang ikhlas menyayangi, cumanya sekarang bukanlah waktu yang tepat kerana usia kami yang masih muda dan belum melihat dunia dengan lebih meluas. 

Berbalik pada topik.
Kawan dia sendiri menyuruh aku untuk melupakan dia. 
Melupakan dia dan mencari pengganti lain?
Bukan pada tika ini.
Maaf, tetapi aku mahu menyayangi dia selagi dia masih berada di hadapan ku. 
Selagi dia masih wujud di depan mataku.
Aku mahu menyayangi dia selagi mana dia masih menyayangi aku.

Mungkin ada yang mengatakan bahawa aku ini manusia yang bodoh kerana mengejar manusia lain yang sama sekali tidak mahukan aku dalam hidupnya. 
Tetapi ini hidup aku.
Aku sudah penat mendengar kata kata orang lain.
Biarlah aku mahu merasakan bahagia aku ini selama mana dia ada di hadapanku.

Mungkin setelah dia hilang dari sini aku akan dapat meneruskan hidup.
Walau payah mana pun tetap akan aku lalui kerana aku yang memilih jalan ini. 
Dia punya kehidupan yang lebih baik tanpa aku disisinya. 
Aku ini hanya penambah kesedihannya.
Tetapi aku tahu disebalik rasa benci dia, sayang nya masih ada.

Aku mahu terus menyayangi dia selagi aku mampu. 
Apabila dia melanjutkan pelajaran kelak, aku berharap dia akan bertemu dengan wanita  yang lagi baik dan solehah. 
Setelah itu aku akan berasa bahagia untuk dia kerana dia menjumpai apa yang dicari selama ini.
Aku pula hanya ingin melihat dia bahagia bersama dengan manusia yang dia sayangi. 

Sekarang ini juga aku merasai, jika aku meneruskan hubungan ku bersama dia, uminya mungkin tidak dapat menerimaku. 
Kata hati ku merasa uminya tidak begitu menyukai ku sebagaimana uminya menyukai Fatin Amira, kekasih lamanya. 

Aku begitu cemburu pada kekasih kekasih lamanya dan manusia manusia yang pernah dia sayangi. 
Aku sangat cemburu. 
Aku sendiri tidak dapat menemui sebabnya. 

Aku menyayangi mu Emir.
Maafkan aku.
Benarkan aku untuk terus menyayangi mu selagi aku mampu. 
Aku akan selalu mendoakan mu walau kita berjauhan.
Aku akan selalu mengingatimu walau engkau sudah berpunya.
Sayangku untukmu ❤

Labels:







Post a Comment





Hello!
Have Faith!

Welcome to my blog!





Credit
thanks for...

Template by : Trinadia
Basecodes : Yuuki
Image by : Tumblr & Google
Editor and Owner: Cahaya ❤