M A R S H M A L L O W
Time will heal , right?
Tuesday, 30 July 2019 | 7/30/2019 12:45:00 am | 0 Marshmallow(s)

Tak terasa masa berlalu dengan sangat pantas. Kebelakangan ni, hanya kesedihan yang menyelubungi diri. Penyebab? Mungkin selepas perjumpaan dengan si dia. Ya, aku ada berjumpa dia tapi bukan hanya berdua, mana mungkin bisa berdua jika tiada rasa selesa dia dengan ku. Kami berjumpa berempat bersama rakan kami. Tiada rasa sebenar benar yang dapat diungkap. 

Sebenarnya pertemuan itu tiada yang menyedihkan kerana sepanjang pertemuan hanya gelak tawa yang diisi oleh kami. Tetapi di baliknya, boleh dikira berapa patah perkataan yang dia keluarkan untuk menjawab setiap persoalan yang aku lontarkan pada dia. Jawapannya pada ku tidak seceria jawapan yang dia berikan kepada rakan ku yang lain. Tidak mengapa, aku tau siapa aku pada dia. Mungkin kemaafan sepenuhnya belum aku dapatkan. Pulang dari pertemuan itu lah yang membuatkan hidup ku kesedihan untuk beberapa hari. Aku mula mengingati setiap detik salahku pada dia. 

Salah yang membebankan hati dan perasaan. Mengapa terasa begitu payah untuk memaafkan diri sendiri? Setiap hari aku mula mengenang kembali salah dan melihat perbualan yang lama antara aku dan dia. Semua itu menyakitkan. Andai saja dia masih punya rasa terhadapku, pasti aku tidak akan merasakan sakit seperti ini. Aku sudah berjanji bahawa aku akan melayan nya dengan baik jika peluang diberikan lagi. Tetapi peluang itu hanya sekali dan aku mensia siakan nya dengan begitu jayanya. Tidak mengapa, setiap yang terjadi itu ada hikmahnya. Untuk aku lebih mengenal diri dan membaiki kesilapan ku. 

Aku akui, aku mula membuang sedikit demi sedikit ego ku. Tidak mudah, tetapi aku mencuba. Aku cuba untuk menjelaskan setiap yang aku rasakan agar tiada insan yang akan terluka kerana kebisuan ku seperti yang pernah si dia lalui. Tetapi kadang aku kalah. Aku lebih selesa mendiamkan dan memendam setiap rasa itu biar hanya aku yang merasakan setiap kesakitan dari rasa rasa ku itu. Aku memilih untuk mendiamkan nya kerana tiada sesiapa yang akan memahami dan aku akan menjadi sakit kerana tiada kefahaman dari mereka yang aku harapkan. 

Pengharapan pada manusia selalu membawa kepada kekecewaan. Tapi itulah yang selalu aku lakukan. Masih berharap untuk berlakunya keajaiban. Degil aku ni hahaha. Mungkin terlalu sedih kerana dia tidak melayan ku seperti pernah dia lakukan walaupun sebagai teman kerana dia juga pernah menjadi teman dan rakan karib ku sebelum kami mempunyai perasaan antara satu sama lain. Pernah aku terfikir untuk menghubungi nya secara personal tetapi aku lupakan niat ku itu kerana aku tau setiap perkara yang aku lakukan hanya akan semakin menjauhkan aku dan dia. Jadi tiada yang dapat aku lakukan selain daripada berdiam dan memendam nya kerana tiada yang akan memahami.







Post a Comment





Hello!
Have Faith!

Welcome to my blog!





Credit
thanks for...

Template by : Trinadia
Basecodes : Yuuki
Image by : Tumblr & Google
Editor and Owner: Cahaya ❤